Fungsi Majlis Perubatan Malaysia
Melindungi, mempromosi dan memastikan kesihatan dan keselamatan masyarakat yang menerima rawatan perubatan melalui :
- Mendaftar doktor yang berkelayakkan sahaja
- Menentukan dan mempromosikan amalan perubatan yang baik
- Memperaku dan mengekalkan standard pendidikan perubatan yang tertinggi
- Mengambil tindakan secara tegas dan saksama terhadap pengamal perubtan yang diragui kebolehan mengamalnya.
Bagi tujuan di atas, fungsi utama Majlis telah diperuntukkan di bawah undang - undang seperti berikut ;
- Memperakukan pendaftaran pengamal perubatan
- Mewujud dan mengekalkan suatu daftar perubatan yang menyenaraikan semua pengamal perubatan yang berdaftar di Malaysia
- Mengeluarkan Sijil Perakuan Amalan kepada pengamal perubatan yang berdaftar
- Mempromosi, mengiktiraf dan mengakretasi program - program serta intitusi - institusi pendidikan dan latihan perubatan.
- Menentukan dan mengawal perilaku dan tata etika yang pengamal perubatan yang berdaftar
- Mempertimbangkan kes pengamal perubatan yang mungkin tidak layak untuk mengamal perubatan di atas sebab kesihatan fizikal dan mentalnya.
- Memantau kompentasi pengamal perubatan
- Menasihat dan membuat syor kepada Menteri Kesihatan mengenai hal - hal berkaitan amalan perubatan di Malaysia.
- menjalankan fungsi - fungsi lain bagi melaksanakan peruntukan di dalam Akta Perubatan 1971 atau seperti yang ditetapkan oleh Menteri.
|