SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN OPERASI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (KPJKS) SEPANJANG TEMPOH WABAK PENYAKIT COVID-19 (ISU SARINGAN COVID-19 DAN KLINIK PERUBATAN DENGAN AREA OF INTEREST (ESTETIK)) (bagi kegunaan pemegang lesen / pemegang perakuan pendaftaran KPJKS)

A. Saringan COVID-19

Mana-mana klinik yang berhasrat menjalankan saringan COVID-19 di luar kawasan klinik boleh merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Bahagian Amalan Perubatan (No Rujukan: KKM87/A2/144/7(28)) bertarikh 27 Mac 2020 bertajuk PERMOHONAN KLINIK PERUBATAN SWASTA (UMUM) MENYEDIAKAN HEALTH SCREENING BOOTH BAGI SCREENING AND TRIAGING RELATED TO COVID-19. Surat ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan di link www.medicalprac.moh.gov.my.

Pemegang perakuan pendaftaran perlu menghantar notifikasi melalui emel ckaps@moh.gov.my serta mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan dalam para 4 dan 5.

Pada ketika ini, hanya rt-PCR sahaja yang diiiktiraf untuk digunakan sebagai kaedah saringan bagi COVID-19, selaras dengan Guideline COVID-19 Management No. 5/2020 (updated 24 March 2020).

Surat KPK yang dimaksudkan adalah surat KPK kepada PERKESO, dan tidak ditujukan kepada pengamal perubatan. Oleh itu, bagi memastikan tiada implikasi perundangan dan kesihatan yang bakal ditanggung oleh pengamal perubatan dan pesakit, hanya rt-PCR sahaja yang dibenarkan sebagai kaedah saringan COVID-19 pada masa ini.

Mohon rujuk PERKESO melalui laman sesawang PERKESO di link www.perkeso.gov.my/index.php/ms/program-saringan-prihatin kerana polisi berkaitan Program Saringan Prihatin tersebut dikeluarkan oleh PERKESO.

Pada masa ini, BPKK hanya menganjurkan latihan bagi pengambilan dan pengendalian sampel yang diambil bagi kaedah rt-PCR. Namun begitu, Rapid Test Kit belum disenaraikan dalam Guideline COVID-19 Management No. 5/2020 (updated 24 March 2020).

Polisi dan SOP berkaitan aktiviti saringan yang dijalankan oleh klinik perubatan swasta belum lagi dikeluarkan oleh PERKESO. Sekiranya saringan tersebut kelak hanya menggunakan Rapid Test Kit tanpa perubahan dari segi susun atur klinik/infrastruktur, pihak klinik tidak memerlukan kelulusan CKAPS bagi menjalankan aktiviti tersebut. Namun, pihak klinik masih perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya dari aspek kawalan jangkitan penyakit dan garis panduan yang mana berkaitan.

Rujuk soalan 6.

Buat masa ini, pihak klinik boleh menyediakan perkhidmatan saringan menggunakan kaedah rt-PCR selaras dengan Guideline COVID-19 Management No. 5/2020 (updated 24 March 2020).

Selaras dengan Arahan Am Menteri Kesihatan Bilangan 2 Tahun 2019 mengikut peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], hanya klinik perubatan swasta (umum) yang berdaftar bawah Akta 586 sahaja yang dibenarkan untuk menyediakan outreach programme di premis selain daripada premis klinik yang didaftarkan.


Pada masa yang sama, PERKESO juga telah menetapkan polisi berkaitan program ujian saringan bagi COVID-19 yang dijalankan kepada pekerja termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui Program Saringan Prihatin adalah terhad kepada klinik perubatan swasta (umum) sahaja.

Pihak klinik boleh merujuk surat yang dikeluarkan oleh Bahagian Amalan Perubatan (No Rujukan : KKM87/A2/14-4/7 (29)) bertarikh 27 Mac 2020 bertajuk PENYEDIAAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN SCREENING AND TRIAGING BOOTH RELATED TO COVID-19 DI KLINIK SWASTA. Surat tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan www.medicalprac.moh.gov.my.

Pada waktu ini, latihan yang diiktiraf oleh KKM adalah Latihan Pengambilan dan Pengendalian Sampel Untuk COVID-19 Bagi General Practitioner dan Paramedik dari Fasiliti Kesihatan Swasta daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Program Kesihatan Awam. Personel yang telah menjalani latihan akan diberikan sijil kehadiran oleh BPKK, Program Kesihatan Awam.

 

Pihak klinik boleh menghubungi Dr. Siti Khadijah Ahmad Tajuddin, Ketua Penolong Pengarah, atau Dr. Naning binti Sachiman, Cawangan Kesihatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di alamat sitikhadijah@moh.gov.my atau naning@moh.gov.my.

B. Perkhidmatan Klinik Perubatan Swasta (Umum) Dengan Area Of Interest (Estetik)

Selain daripada SOP yang dikeluarkan oleh MKN, pihak klinik boleh merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 4 Mei 2020 (No rujukan: KKM87/A2/144/7 Jld. 2 (62)) di mana semua kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta bawah Akta 586 seperti hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta dan klinik swasta tidak dibenarkan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perubatan estetik, sehingga satu tarikh yang dimaklumkan kelak. Surat tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan www.medicalprac.moh.gov.my.

 

Namun begitu, KPJKS tersebut boleh menyediakan kemudahan dan perkhidmatan selain daripada estetik seperti rawatan kepada pesakit yang mengalami alergi, ruam dan lain-lain.

Istilah klinik estetik tidak wujud kerana semua klinik perubatan yang menawarkan perkhidmatan estetik tetap didaftarkan sebagai klinik perubatan umum dengan area of interest (estetik).

 

Oleh itu, klinik tersebut boleh beroperasi sebagai klinik perubatan swasta tanpa menyediakan perkhidmatan estetik. Pihak klinik atau mana-mana pihak yang berkaitan boleh merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 4 Mei 2020 (No rujukan: KKM87/A2/14-4/7 Jld. 2 (62)). Surat tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan www.medicalprac.moh.gov.my.

Maklumat terkini boleh didapati di media sosial CKAPS seperti berikut :
Facebook - @CKAPSKKM
Instagram - @ckaps_kkm
Twitter - @CKAPS_KKM
Laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan : www.medicalprac.moh.gov.my

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN OPERASI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (KPJKS) SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (bagi kegunaan pemegang lesen / pemegang perakuan pendaftaran KPJKS)
A. SURAT KKM87/A2/100-2/0 JLD.2 (16)

Pemegang perakuan pendaftaran perlu menghantar notifikasi melalui emel ckaps@moh.gov.my dengan menyatakan butiran seperti berikut:

(a) Nama fasiliti;
(b) Alamat fasiliti;
(c) Sebab perubahan waktu operasi;
(d) Butiran perubahan waktu operasi; dan
(e) Nama dan no telefon (pemegang perakuan / pemegang lesen).

Pemegang perakuan pendaftaran klinik swasta yang berkenaan perlu meletakkan notis pemberitahuan di pintu masuk klinik.

Prosedur seperti di soalan 1 adalah terpakai.

Sektor kesihatan dikecualikan daripada arahan penutupan bawah Perintah tersebut. Klinik perubatan swasta boleh beroperasi sekiranya boleh mematuhi keperluan berikut:

(a) Mempunyai kakitangan terlatih dan berpengetahuan dari segi tatacara pengendalian kes-kes COVID-19 dan kawalan jangkitan;

(b) Mempunyai personal protective equipment (PPE) yang mencukupi;

(c) Mempunyai kebolehan termasuk mempunyai staf yang mencukupi bagi melaksanakan kawalan jangkitan selaras dengan ketetapan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 serta garis panduan yang berkaitan; dan

(d) Tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti COVID-19 seperti faktor usia atau mempunyai comorbidities.

Tidak. Surat tersebut hanya terpakai bagi klinik perubatan swasta, klinik pergigian swasta, pusat jagaan ambulatori swasta dan rumah bersalin swasta sahaja.

Pusat hemodialisis swasta perlu mengikut waktu operasi sedia ada. Sekiranya ada pesakit atau staf disyaki menghidap COVID-19, premis perlu mendapatkan syor daripada pakar nefrologi.

Klinik swasta disarankan supaya mematuhi arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Kerajaan Negeri, contohnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menetapkan klinik swasta hanya dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi – 7 malam sahaja. Klinik swasta tidak perlu mengemukakan notifikasi kepada CKAPS HQ, memadai CKAPS JKN/WP mengemukakan perintah yang dikeluarkan oleh PBT/ Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, klinik perlu beroperasi seperti waktu operasi yang didaftarkan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

B. PROSEDUR SARINGAN COVID-19

Sila rujuk garis panduan rasmi KKM terkini di capaian : http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/2019-nCOV/Bil%204%20%202020/Annex%202c%20Screening%20&%20Triaging_26022020.pdf (Annex 2C) berkenaan tatacara saringan pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 (seperti di Lampiran).

Klinik perubatan swasta boleh menjalankan ujian saringan tersebut sekiranya dapat mematuhi perkara-perkara berikut:

(a) Mempunyai kakitangan terlatih dan berpengetahuan dari segi tatacara pengendalian kes-kes COVID-19 dan kawalan jangkitan;

(b) Mempunyai personal protective equipment (PPE) yang mencukupi;

(c) Mempunyai kebolehan termasuk mempunyai staf yang mencukupi bagi melaksanakan kawalan jangkitan selaras dengan ketetapan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 serta garis panduan yang berkaitan; dan

(d) Tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti COVID-19 seperti faktor usia atau mempunyai comorbidities.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak klinik tidak dapat mematuhi perkara-perkara di atas, disarankan supaya mematuhi garis panduan seperti yang digariskan di perkara 7.

Semua KPJKS boleh berhubung dengan Malaysian Medical Associations yang boleh membantu bagi mendapatkan bekalan PPE di https://register.emedasia.com/jw/web/userview/KoopDoctor/userRegistration/_/registration. Pendaftaran adalah percuma dengan syarat mengemukakan Salinan Borang B/C/F/G/4 atau 7 yang sah.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui emel yang dinyatakan di laman sesawang tersebut.

Semua KPJKS boleh berhubung dengan Malaysian Medical Associations berkaitan sesi latihan yang dianjurkan oleh MMA termasuk menyertai webinar dan sebagainya.

Secara dasarnya, sektor kesihatan dikecualikan daripada arahan penutupan bawah Perintah tersebut. Walau bagaimanapun, PPE yang tidak mencukupi boleh mendedahkan pengamal perubatan serta kakitangan klinik kepada jangkitan COVID-19. Sekiranya dijangkiti COVID-19, pengamal perubatan tersebut serta kakitangan klinik, berpotensi menyebarkan jangkitan kepada ahli keluarga dan pesakit lain di klinik tersebut.

Pada masa yang sama, klinik perubatan swasta digalakkan untuk membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh klinik kesihatan kerajaan, antara lain klinik perubatan swasta boleh merawat pesakit yang tidak mempunyai simptom-simptom yang COVID-19 (simptom COVID-19 contohnya seperti demam, batuk, sakit tekak, arthralgia, myalgia,cirit birit, muntah-muntah atau sakit perut).

Merujuk kepada Annex 2C, Guideline COVID-19 Management No. 4/2020 (updated 26 February 2020) (seperti di Lampiran) sekiranya klinik tidak dapat menyediakan keperluan atau melaksanakan prosedur seperti dalam garis panduan tersebut, klinik boleh meletakkan notis sedemikian dan meminta pesakit yang mempunyai upper respiratory infection supaya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau klinik swasta yang mempunyai kemudahan yang bersesuaian.

Walau bagaimanapun, perlu diambilkira bahawa terdapat kes COVID-19 yang mungkin mempunyai simptom lain juga seperti arthralgia, myalgia, cirit-birit, muntah-muntah atau sakit perut.

Sekiranya klinik tersebut tidak menjalankan ujian saringan COVID-19, klinik boleh beroperasi dengan syarat boleh mematuhi keperluan di Annex 2C, Guideline COVID-19 Management No. 4/2020 (updated 26 February 2020) (seperti di Lampiran).

Sekiranya klinik perubatan tersebut boleh mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di soalan 8 dan mematuhi tatacara saringan Annex 2C, Guideline COVID-19 Management No. 4/2020 (updated 26 February 2020) (seperti di Lampiran), klinik perubatan tersebut boleh membuka khemah saringan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak klinik perlu bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan sekiranya berlaku medical emergencies serta kaedah pengangkutan pesakit yang bersesuaian. Khemah tersebut juga perlu disediakan di tempat yang bersesuaian, berhampiran di klinik berkenaan (contohnya bukan di kawasan perumahan).

Merujuk kepada Annex 2C, Guideline COVID-19 Management No. 4/2020 (updated 26 February 2020) (seperti di Lampiran), KPJKS tidak dibenarkan membuka khemah di luar klinik/ shopping mall bagi mengambil sampel terhadap pesakit yang symptomatic, bagi ujian makmal COVID-19.

Merujuk kepada soalan 4, Soalan Lazim (FAQs) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan pada 21 Mac 2020, majikan kepada essential services (awam atau swasta) perlu mengeluarkan surat arahan bertugas kepada setiap individu yang diarahkan bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Merujuk kepada perkara 5, Sidang Media Khas - Perintah KawalanPergerakan (23 Mac 2020) YB Menteri Kanan (Pertahanan), bagi pihak swasta, surat kebenaran perlu dikeluarkan oleh pihak majikan.

Klinik perubatan swasta dengan aesthetic as area of interest didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan sebagai klinik perubatan swasta yang mempunyai pengamal perubatan serta kakitangan yang berkaitan. Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan, sektor kesihatan merupakan salah satu perkhidmatan yang essential dan boleh beroperasi.

Pada masa yang sama, klinik perubatan swasta digalakkan membantu mengurangkan beban kerja di klinik kesihatan kerajaan. Oleh itu, perkhidmatan klinik perubatan swasta dengan aesthetic as area of interest boleh dibuka untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang essential, tetapi bukan untuk melakukan rawatan estetik.

C. KLINIK PAKAR DI DALAM HOSPITAL

Pemegang lesen hospital perlu menghantar notifikasi melalui emel ckaps@moh.gov.my dengan menyatakan butiran seperti berikut:

(a) Nama hospital;

(b) Alamat hospital;

(c) Klinik pakar yang terlibat;

(d) Justifikasi perubahan waktu operasi;

(e) Butiran perubahan waktu operasi; dan

(f) Nama dan no telefon (pemegang lesen).

Permohonan ini akan disemak dan dikendalikan mengikut case-to-case basis.

D. STATUS PELESENAN KPJKS

Tidak, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, tidak akan diambilkira untuk pengiraan tempoh bagi mengemukakan permohonan pembaharuan lesen iaitu 6 bulan sebelum tarikh sah lesen semasa berakhir. Tambahan masa akan diberikan selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Tidak, tempoh tersebut tidak akan menjejaskan tarikh sah lesen. Walau bagaimanapun, pihak KPJKS perlu memastikan pematuhan terhadap Akta 586 dan Peraturan-peraturannya, di mana berkaitan.

Tidak, tempoh tersebut tidak akan menyebabkan lesen lapsed. Walau bagaimanapun, pihak KPJKS perlu memastikan pematuhan terhadap Akta 586 dan Peraturan-peraturannya, di mana berkaitan.

Merujuk kepada soalan 4(c), Soalan Lazim (FAQ’s) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Sumber Manusia, kerja-kerja naik taraf fasiliti di premis-premis perkhidmatan kritikal merupakan kerja-kerja kritikal yang boleh dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan.

Merujuk kepada soalan 5, permohonan pengecualian tersebut perlu dikemukakan melalui emel, kepada Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri, melalui surat rasmi beserta dokumen sokongan yang berkaitan, dan disalinkan kepada projkkp@mohr.gov.my.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, boleh hubungi talian hotline 03-8886 6496 dan 03 8886 6497 atau emel mykpp@mohr.gov.my.