Pengenalan CKAPS

Latar Belakang,
  • Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (CKAPS HQ) dan Cawangan Amalan Perubatan Swasta, di setiap Jabatan Kesihatan Negeri dan Wilayah Persekutuan (CKAPS JKN / JKWP) telah ditubuhkan pada awal Februari 2003 untuk mengawal (control), mengawalselia (regulate) dan memantau (monitor) pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
  • Fungsi utama CKAPS HQ dan CKAPS JKN / JKWP sangat berkait rapat dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan akta-kata lain yang berkaitan. Sebelum wujudnya CKAPS, tugas melesenkan hospital, pusat jagaan kejururawatan dan rumah bersalin persendirian dijalankan oleh Unit Pelesenan (terdiri dari seorang pegawai U48, 3 orang pegawai U41 dan 2 orang Pembantu Tadbir N17) berlandaskan Akta Hospital Persendirian 1971 dan Peraturan-peraturannya 1973.
  • 85 jawatan telah diwujudkan untuk CKAPS (20) di Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri / WP (65) yang digunasama untuk Unit Pelesenan dan Unit Penguatkuasaan (Pemberitahuan Waran Perjawatan KKM Bil. 15 Tahun 2003 bertarikh 27 Mei 2003 – Waran Perbendaharaan Bil. S9 Tahun 2003 bertarikh 8 Mac 2003). Pada peringkat awal, 85 jawatan ini diwujudkan bertujuan untuk merangka dan merancang pelaksanaan kawalan prosedur perkhidmatan perubatan swasta serta menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pelesenan secara langsung ke atas kemudahan kesihatan swasta di setiap negeri.
  • Tugas awal CKAPS adalah melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] yang mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006 menggantikan Akta Hospital Persendirian 1971. Seterusnya CKAPS akan melaksanakan akta-kata yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa seperti Akta Kesihatan Mental 2001, Akta Makmal Patologi 2007, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 dan lain-lain.
  • Memandangkan tugas dan skop aktiviti-aktiviti pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang meningkat secara mendadak dengan pelaksanaan Akta 586 dan kekurangan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman, pada peringkat awal tugas untuk menjalankan dan memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan telah dipertanggungjawab secara administratif di bawah Cawangan Medico Legal dan dikembalikan semula kepada CKAPS pada 15 Januari 2009.
  • Akta 586 ini bukan sahaja bertujuan untuk mengawalselia dan mengawal kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti klinik swasta, hospital swasta, pusat hemodialisis swasta dan kemudahan jagaan kesihatan swasta lain tetapi juga kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubung dengan kesihatan seperti Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) dan bagi perkara-perkara yang berhubung dengannya. Jenis kemudahan lain yang perlu dilesenkan juga akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut jenis kemudahan swasta yang akan diwartakan seperti perkhidmatan ambulans swasta dan sebagainya.
  1. Pra-Penubuhan – Memastikan keperluan-keperluan yang berkaitan diambilkira;
  2. Infrastruktur – Pada masa ini fokus diberikan kepada infrastruktur;
  3. Proses – Perhatian perlu diberikan kepada :
  • Polisi, prosedur, standard operating procedure, manual, rekod dan sebagainya mengikut jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang diberikan, termasuk dari segi dokumentasi dan implementasi beserta keberkesanannya;
  • Penubuhan Medical dan Dental Advisory Commitee atau seumpamanya, ahli lembaga pelawat, peranan Orang Yang Bertanggungjawab mengikut disiplin dan sebagainya;
  • Mematuhi keperluan kebajikan dan sosial, mekanisme ketidakpuasan hati pesakit dan sebagainya; dan
  • Pengendalian aduan dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan.
4. Outcome – Melapor kejadian; Incident Reporting, Notification, Assessable Death, e-reporting dan juga aduan. 5. Memastikan butiran lesen dikemaskinikan – Perlu mematuhi prosedur-prosedur yang berkaitan.
Font Resize
Contrast
ms_MYBahasa Melayu