Fungsi Cawangan Perundangan Perubatan

  • Menggubal rang undang-undang atau akta berkaitan perubatan di bawah Program Perubatan.
  • Meminda akta-akta sedia ada berkaitan perubatan mengikut perkembangan dan keperluan semasa.
  • Menderaf peraturan-peraturan di bawah sesuatu akta berkaitan perubatan.
  • Meminda peraturan-peraturan di bawah sesuatu akta berkaitan perubatan.
  • Menderaf standard atau garis panduan berkaitan perubatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Bertindak sebagai sekretariat teknikal globalisasi yang bertanggungjawab mengkoordinasi perancangan liberalisasi sektor kesihatan.