Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta

1. Klinik
2. Hospital
3. Pra-penubuhan
4. Aduan
5. Penerimaan CoR/Kelulusan/Lesen

Mengambil kira jumlah permohonan yang tinggi (kurang lebih 200-300 permohonan setiap bulan dengan tahap pematuhan yang pelbagai), jumlah staf yang agak terhad; proses pencetakan dengan minimum kesilapan mengambil masa : 

 

  • Bagi Borang B/C/4; kira-kira 2 atau 3 minggu setelah bayaran fi pengeluaran dan maklum balas yang lengkap dan mematuhi dikemukakan.
  • Bagi Borang F/G/2/6/7/10; boleh emelkan kepada ckaps@moh.gov.my untuk semakan status.

6. Skop Akta 586

Sehingga kini, Akta 586 mengawal dan mengawalselia (1) kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS), (2) kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatan dan (3) perkara-perkara yang berhubungan dengannya sepertimana yang dinyatakan antaranya pada seksyen 3, 4 dan 82, Akta 586 :

 

(a) KPJKS yang ditetapkan pada Seksyen 3, Akta 586 :

-(i) Hospital swasta;

-(ii) Hospital psikiatri swasta;

-(iii) Pusat jagaan ambulatori swasta;

-(iv) Rumah jagaan kejururawatan swasta;

-(v) Rumah kejururawatan psikiatri swasta;

-(vi) Rumah bersalin swasta;

-(vii) Bank darah swasta (termasuk cord blood bank);

-(viii) Pusat hemodialisis swasta;

-(ix) Hospis swasta;

-(x) Pusat kesihatan mental masyarakat swasta; dan

-(xi) Premis jagaan kesihatan swasta gabungan.

 

(b) KPJKS yang ditetapkan pada Seksyen 4, Akta 586:

-(i) Klinik perubatan swasta; dan

-(ii) Klinik pergigian swasta.

 

(c) Kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatab yang ditetapkan pada Seksyen 82, Akta 586 :

-(i) Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (Managed Care Organization)

 

Tafsiran sesuatu premis yang disifatkan sebagai KPJKS di bawah kawalan dan kawalseliaan Akta 586 adalah sepertimana yang dinyatakan Akta 586 dan Peraturan-Peraturannya. Sebahagian besar tafsiran jenis KPJKS di bawah Akta 586 ditetapkan pada Seksyen 2, Akta 586.

7. Spa

  • Secara amnya, spa kecantikan dan sebagainya adalah diluar kawalan dan kawalseliaan Akta 586.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah spa kecantikan dan sebagainya didapati menyediakan perkhidmatan yang menjadikan ianya disifatkan sebagai salah satu atau lebih KPJKS yang dikawal dan kawalselia di bawah Akta 586 tanpa pendaftaran dan/atau lesen yang sah laku di bawah Akta 586; sesebuah spa kecantikan dan sebagainya tersebut boleh dikenakan tindakan perundangan selaras dengan ketetapan Akta 586 dan Peraturan-Peraturannya.

8. Senarai KPJKS yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19

9. PPV

Sila mohon melalui ProtectHealth Corporation (rujuk pautan https://protecthealth.com.my/)

10. Bayaran fi pemprosesan/pengeluaran

Bayaran boleh dibuat atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dengan cara:

-(i) Kiriman wang (money order); dan

-(ii) Draf bank (bank draft).

 

Kaedah bayaran yang tidak diterima:

-(i) Tunai (cash); dan

-(ii) Cek persendirian.

 

Bagi bayaran kompaun, bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Font Resize
Contrast
ms_MYBahasa Melayu