Home / Pengenalan Cawangan Medico Legal


Latar Belakang  

Pada peringkat permulaan, pengurusan kes-kes berpotensi medico legal dan kes-kes medico legal diuruskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan. Walaubagaimanapun, pada pertengahan tahun 2004, pengurusan kes-kes berpotensi legal dan kes-kes medico legal telah diambilalih oleh Bahagian Amalan Perubatan dan Unit Medico Legal telah ditubuhkan. Unit Medico Legal pada masa itu diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah U 48 dengan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N 17.

Tujuan Cawangan ini ditubuhkan adalah bagi menyiasat kes-kes aduan teknikal dan berpotensi medico legal serta menyelaras  dan mengendalikan kes-kes medico legal termasuk kes-kes saman sivil kecuaian klinikal di premis kesihatan kerajaan.

Cawangan ini juga ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada doktor dan paramedik mengenai isu-isu kecuaian klinikal dengan cara memberi ceramah-ceramah medico legal dan menganjurkan kursus-kursus medico legal bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain.

Pada tahun 2006, Cawangan ini telah memulakan langkah bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian klinikal di luar mahkamah melalui pembayaran ex gratia. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kes-kes saman terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana boleh menjejaskan imej Kerajaan dan KKM. Dengan langkah ini juga, masa dan kos dapat dijimatkan kerana kes-kes yang dikendalikan oleh mahkamah boleh berlanjutan dan mengambil masa yang agak lama.

 

kembali  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


Laman Web Rasmi Bahagian Amalan Perubatan

http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Pengenalan_Cawangan_Medico_Legal