Home /
Pengenalan CKAPS
Latar
Belakang
- Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta,
Bahagian Amalan Perubatan (CKAPS) dan Unit Kawalan Amalan Perubatan
Swasta,di setiap Jabatan Kesihatan Negeri dan Wilayah Persekutuan (UKAPS)
telah ditubuhkan pada awal Februari 2003 untuk mengawal (control),
mengawalselia (regulate) dan memantau (monitor) pelbagai
jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
- Fungsi utama CKAPS dan UKAPS sangat berkait
rapat dengan pelaksanaan dan penguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan akta-akta lain yang
berkaitan. Sebelum
wujudnya CKAPS, tugas melesenkan hospital, pusat jagaan kejururawatan dan
rumah bersalin persendirian dijalankan oleh Unit Pelesenan (terdiri dari
seorang pegawai U48, 3 orang pegawai U41 dan 2 orang pembantu tadbir N17)
berlandaskan Akta Hospital Persendirian 1971 dan peraturan-peraturannya
1973.
- 85 jawatan telah diwujudkan untuk CKAPS (20)
di Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri/WP (65) yang digunasama untuk
Unit Pelesenan dan Unit Penguatkuasaan (Pemberitahuan Waran Perjawatan KKM
Bil 15 Tahun 2003 bertarikh 27 Mei 2003 – Waran Perbendaharaan Bil S9
tahun 2003 bertarikh 8 Mac 2003). Pada peringkat awal, 85 jawatan ini
diwujudkan di CKAPS dan UKAPS bertujuan untuk merangka dan merancang
pelaksanaan kawalan prosedur perkhidmatan perubatan swasta serta
menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pelesenan secara langsung ke atas
kemudahan kesihatan swasta di setiap negeri.
- Tugas awal CKAPS adalah melaksana dan
menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
1998 [Akta 586] yang mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006 menggantikan Akta
Hospital Persendirian 1971. Seterusnya CKAPS dan UKAPS akan melaksanakan
akta-akta yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan
kesihatan swasta lain yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa seperti
Akta Makmal Patologi 2007 dan Akta Kesihatan Mental 2001.
- Akta 586 ini bukan sahaja bertujuan untuk
mengawalselia dan mengawal kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta seperti klinik swasta, hospital swasta, pusat hemodiálisis swasta
dan kemudahan jagaan kesihatan swasta lain tetapi juga kemudahan dan
perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatan seperti Organisasi
Jagaan Yang Diuruskan (MCO) dan bagi perkara- perkara yang berhubungan
dengannya. Jenis kemudahan lain yang perlu dilesenkan juga akan bertambah
dari semasa ke semasa mengikut jenis kemudahan swasta yang akan diwartakan
seperti perkhidmatan ambulan swasta, homecare nursing, perbankan stem cell
dan sebagainya.
- Pada permulaan pelaksanaan Akta 586, fokus
diberikan bagi memastikan semua klinik pergigian swasta dan klinik
perubatan swasta berdaftar; 10 jenis kemudahan jagaan kesihatan swasta
lain termasuk hospital, pusat hemodialisis dan sebagainya perlu mempunyai
kelulusan menubuhkan dan lesen untuk beroperasi; dan semua Organisasi
Jagaan Yang Diuruskan (MCO) mengemukakan maklumat kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia dan dimasukkan ke dalam Daftar MCO.Secara amnya,
pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta 586 dalam hal pendaftaran dan
pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta boleh
dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
- Zoning – memastikan keperluan-keperluan
yang berkaitan diambilkira;
- Infrastruktur – pada masa ini fokus diberikan kepada infrastruktur;
- Proses – perhatian perlu diberikan kepada:
(a)polisi, prosedur, standard operating procedure, manual, rekod dan
sebagainya mengikut jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang
diberikan, termasuk dari segi dokumentasi dan implementasi berserta
keberkesanannya;
(b)penubuhan Medical and Dental Advisory Committee atau seumpamanya,
ahli lembaga pelawat, peranan orang yang bertanggungjawab mengikut disiplin dan
sebagainya;
(c)mematuhi keperluan kebajikan dan sosial, mekanisme ketidakpuasan hati
pesakit dan sebagainya; dan
(d)pengendalian aduan dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan.
-
Outcome–melapor kejadian; Incident Reporting, Notification,
Assessable Death, e-reporting dan juga aduan termasuk over charging dan
kesan-kesan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan; dan
- Memastikan butiran lesen dikemaskinikan – perlu mematuhi
prosedur-prosedur yang berkaitan.
Memandangkan tugas dan skop aktiviti-aktiviti
pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta yang meningkat secara mendadak dengan pelaksanaan Akta 586 dan
kekurangan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman, pada peringkat
awal tugas untuk menjalankan dan memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan
telah dipertanggungjawabkan secara administratif di bawah Cawangan Mediko
legal dan dikembalikan semula di bawah CKAPS pada 15 Januari 2009.