SUDUT EKSA

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Home / Fungsi Majlis Perubatan Malaysia

Fungsi Majlis Perubatan Malaysia

Melindungi, mempromosi dan memastikan kesihatan dan keselamatan masyarakat yang menerima rawatan perubatan melalui :

  • Mendaftar doktor yang berkelayakkan sahaja
  • Menentukan dan mempromosikan amalan perubatan yang baik
  • Memperaku dan mengekalkan standard pendidikan perubatan yang tertinggi
  • Mengambil tindakan secara tegas dan saksama terhadap pengamal perubtan yang diragui kebolehan mengamalnya.

Bagi tujuan di atas, fungsi utama Majlis telah diperuntukkan di bawah undang - undang seperti berikut ;

  • Memperakukan pendaftaran pengamal perubatan
  • Mewujud dan mengekalkan suatu daftar perubatan yang menyenaraikan semua pengamal perubatan yang berdaftar di Malaysia
  • Mengeluarkan Sijil Perakuan Amalan kepada pengamal perubatan yang berdaftar
  • Mempromosi, mengiktiraf dan mengakretasi program - program serta intitusi - institusi pendidikan dan latihan perubatan.
  • Menentukan dan mengawal perilaku dan tata etika yang pengamal perubatan yang berdaftar
  • Mempertimbangkan kes pengamal perubatan yang mungkin tidak layak untuk mengamal perubatan di atas sebab kesihatan fizikal dan mentalnya.
  • Memantau kompentasi pengamal perubatan
  • Menasihat dan membuat syor kepada Menteri Kesihatan mengenai hal - hal berkaitan amalan perubatan di Malaysia.
  • menjalankan fungsi - fungsi lain bagi melaksanakan peruntukan di dalam Akta Perubatan 1971 atau seperti yang ditetapkan oleh Menteri.

kembali

 

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

eBook

eBuletin

Tarikh Kemaskini

13 September 2019