SUDUT EKSA

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Home / Fungsi CKAPS

Fungsi  

  1. Melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], peraturan-peraturannya, perintah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

  2. Memproses permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) seperti berikut:

    2.1.Fungsi Utama Unit Pendaftaran

    2.2.Fungsi Utama Unit Kelulusan

    2.3.Fungsi Utama Unit Pelesenan

    Kategori permohonan melibatkan hospital swasta, hospital psikiatri swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, rumah jagaan kejururawatan swasta, rumah kejururawatan psikiatri swasta, rumah bersalin swasta, bank darah swasta (termasuk cord blood bank), pusat hemodialisis swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan lain-lain.

  3. Mengendalikan aduan dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan perkara yang berkaitan dengannya.

    3.1.Fungsi Utama Unit Penguatkuasaan

  4. Mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta 586 termasuk:

    4.1.Melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti yang berterusan seperti berikut:

    (a) Incident Reporting

    (b) Assessable Death (NMAC)

    (c) Quality Assurance Programme

    (d) Board of Visitor

    (e) Medical Advisory Committee

    (f) Grievances Mechanism

    (g) Social contribution, dan sebagainya.

    4.2.Menyelaras, memproses dan mengeluarkan kad kuasa mengikut peruntukan di bawah Akta 586 bagi Inspektor (Perubatan) yang dilantik oleh KPK untuk menjalankan tugas penguatkuasaan.

    4.3.Menyelaras, mengemaskini dan menyediakan maklumbalas berkaitan Daftar-daftar di bawah Akta 586 termasuk carian daftar bagi Daftar Klinik (Klinik Perubatan Swasta), Daftar Klinik (Klinik Pergigian Swasta), Daftar Kelulusan Penubuhan atau Penyenggaraan KPJKS, Daftar Lesen KPJKS, Daftar MCO dan Daftar Inspektor.

    4.4.Membangunkan, menyenggarakan, menyediakan maklumbalas dan memantapkan sistem permohonan online melalui “MedPCs” untuk semua kategori permohonan. Menyelaras dan memastikan hal-hal berkaitan e-reporting, sumbangan sosial dan sebagainya bagi kemudahan jagaan kesihatan swasta.

    4.5.Menjadi rujukan dan menyediakan khidmat nasihat serta maklumbalas untuk UKAPS dan pihak pemohon yang berkaitan termasuk mengadakan roadshows, perbincangan dan taklimat.

    4.6.Mengumpul dan menganalisa data serta menyediakan maklumbalas berkaitan status pendaftaran dan pelesenan kemudahan jagaan kesihatan swasta termasuk memberi input dan maklumbalas bagi permohonan pendaftaran pengamal perubatan warga asing dan jururawat asing.

    4.7.Menyediakan kertas kerja dan draf bagi pembentukan polisi baru berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan semua kategori kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti obstetrik dan ginekologi, estetik, hiperbarik, hemodialisis dan sebagainya.

    4.8.Mengumpul, menganalisa dan menyediakan maklumbalas ke atas cadangan pindaan Akta 586 dan Peraturan-peraturannya.

    4.9.Melaksana dan menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti Akta Kesihatan Mental 2001 dan Akta Makmal Patologi 2007.

    4.10.Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


kembali




Recommend this page to a friend! Prepare to print

eBook

eBuletin

Tarikh Kemaskini

30 September 2019