Direktori    Maklumbalas   Soalan Lazim
Laman Utama
Informasi terkini
Profesion PPP
Direktori LPP

Penerbitan
Kerjaya
Soalan Lazim
Hubungi Kami


MSQH
MyCPD
MS ISO SPA
BLESS JPA
HRMIS
ANM
1GovUC BPH
MOH Jab. Pendidikan Tinggi
Persatuan Pembantu Perubatan Kesatuan Kebangsaan PPP
FAQ - Lembaga Pembantu perubatan
1. Bilakah tarikh mula dan tarikh akhir mengemukakan borang permohonan Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Penolong Pegawai Perubatan melalui Sistem BLESS ?
Tarikh mula dan tarikh akhir mengemukakan borang permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan ialah bermula Januari tahun semasa dan berakhir bulan Disember tahun berikutnya setiap tahun. Contoh :- Permohonan PPT/APC2016, bermula Januari 2015 dan berakhir Disember 2016. 
2. Bilakah jangkamasa tarikh permohonan Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Penolong Pegawai Perubatan yang dikecualikan Fee lewat ? 
Tarikh permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan yang dikecualikan Fee lewat  bermula  Januari hingga 30 September tahun semasa setiap tahun. Contoh :- Permohonan PPT/APC2016, bermula Januari 2015 hingga 30 September 2015. 
3. Bilakah jangkamasa tarikh permohonan Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Penolong Pegawai Perubatan yang dikenakan Fee lewat ? 
Tarikh permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan yang dikenakan Fee lewat  bermula  Oktober tahun semasa  hingga 31 Disember tahun berikutnyaContoh :- Permohonan PPT/APC2016, bermula Oktober 2015 hingga 31 Disember 2016. 
4. Berapakah jumlah bayaran Fee lewat yang dikenakan ? 
Jumlah bayaran Fee lewat sebanyak RM30.00 .
5. Permohonan Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan dari sektor manakah yang dikenakan Fee proses dan berapakah jumlah bayaran Fee proses ? 
Fee proses hanya dikenakan kepada pemohon dari sektor SWASTA dan Fee proses sebanyak RM10.00 .
6. Bagaimanakah cara  untuk membuat bayaran Fee proses dan Fee lewat ? 
Fee proses dan Fee lewat boleh dikemukakan ke Lembaga Pembantu Perubatan dengan menghantar Wang Pos / Bank Draf sah sebelum tarikh luput atas nama Pngerusi Lembaga Pembantu Perubatan.
7. Bagaimanakah cara  untuk membuat permohonan PPT/APC ? 
Pemohon PPT/ARC boleh kemukakan permohonan melalui sistem BLESS dengan melayari pautan BLESS seperti berikut -  https://open.bless.gov.my/bless/action/login?show
8. Apakah dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan PPT/ARC melalui BLESS ? 
Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut :-
 i) -  Fee proses dan Fee lewat kepada pemohon yang berkaitan.
ii) -  Mata CPD tahun sebelum dikemukakan melalui CPD On-line  -   http://mycpd.moh.gov.my/
9. Berapakah jumlah mata CPD yang telah ditetapkan untuk permohonan PPT/ARC ? 
Minimum mata CPD yang perlu dikemukan dalam MyCPD On-line sebanyak 40 mata tertakluk kepada sebarang pindaan dari masa ke semasa.
FAQ - Lembaga Pembantu Hospital Estet
1. Berapa lamakah keputusan kelulusan pendaftaran akan di keluarkan?

Proses pendaftaran adalah dalam tempoh 1 bulan dari tarikh terima permohonan.

2. Bilakah peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan Estet diadakan?

Keputuan menetapkan tarikh peperiksaan akan dibuat setelah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga dan akan diiklankan dalam akhbar The New Sunday Times dan Berita Mingguan dalam bulan Februari.

3. Bilakah keputusan peperiksaan akan dikeluarkan?

Keputusan peperiksaan dikeluarkan setelah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga pada akhir tahun.

4. Berapakah jumlah bayaran yuran peperiksaan dan bagaimanakah cara pembayarannya?
Yuran peperiksaan adalah mengikut gred seperti yang ditetapkan:-
Gred I - RM 150.00
Gred II - RM 100.00
Gred III - RM 50.00
Cara bayaran adalah melalui wang pos/ money order

Hakcipta Terpelihara - Kementerian Kesihatan Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Mozila Firefox  3.0 dan ke atas
PETA LAMAN/PENAFIAN/PRIVASI/KESELAMATAN