Direktori    Maklumbalas Soalan Lazim
Laman Utama Informasi Terkini
Profesion PPP
Direktori LPP
Penerbitan
Kerjaya
Soalan Lazim
Hubungi Kami
 
MSQH MyCPD
MS ISO SPA
BLESS JPA
HRMIS ANM
1GovUC BPH
MOH Jab. Pendidikan Tinggi
Persatuan Pembantu Perubatan Kesatuan Kebangsaan PPP
  1. Sejarah Profesion
  2. Profil
  3. Carta Organisasi
  4. Ahlijawatankuasa LPP
  5. Ahlijawatankuasa  LPHE
  6. Ahlijawatankuasa Latihan Pendidikan Profesion
Logo PPP
 
SEJARAH  - PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP)
Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan ia kini menjangkau lebih daripada 230 tahun. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang.

Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.

Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang menawarkan latihan Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan lain-lain.

Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar
negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai Physician Assistant, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia, China serta dibeberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya
 
Profesion ini diluluskan amalannya oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu
Perubatan (Pendaftaran) 1979. Lembaga Pembantu Perubatan merupakan entiti
yang bertanggungjawab mengawal selia dan menguatkuasa Akta 180, Akta
Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu
Perubatan (Pendaftaran) 1979 serta Kod Etika Penolong Pegawai Perubatan.
Keanggotaan di dalam Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada dua orang
Ex. Officio iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga
manakala Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Ketua Pembantu Perubatan)
sebagai Setiausaha Lembaga. Seramai lima belas lagi Ahli Lembaga dilantik oleh
Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik
semula selepas tamat tempoh.

Selaras dengan perubahan gelaran jawatan Pembantu Perubatan kepada
Penolong Pegawai Perubatan, nama skim perkhidmatan berkenaan juga telah
ditukar kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa
mulai 2 Julai 2009. Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik ini merupakan
Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan Sokongan dan
Kumpulan Pengurusan & Profesional.
Hakcipta Terpelihara - Kementerian Kesihatan Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Mozila Firefox  3.0 dan ke atas
PETA LAMAN/PENAFIAN/PRIVASI/KESELAMATAN