|
Alhamdulillah, bersyukur
ke hadrat Allah s.w.t yang telah melimpahkan rahmat,
taufik dan hidayah kepada kita semua untuk mengorak selangkah lagi kehadapan bagi
meneruskan perjuangan ini yang tiada penghujungnya. Diucapkan tahniah kepada
semua rakan seperjuangan (Penolong Pegawai Perubatan) yang telah
bersama-sama bertungkus
lumus memperjuangkan martabat profesion dan berusaha meletakkan ke satu
aras yang
dikenali di mata umum. Apa yang paling
membanggakan ialah keringat dan khidmat yang diberi tidak berbelah bagi
demi penjagaan
kesihatan pesakit. Saya menyeru kepada semua Penolong Pegawai
Perubatan,
Persatuan Pembantu Perubatan dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan
agar
meneruskan dan mempertingkatkan usaha dari masa ke semasa supaya
matlamat
sebenar Profesion yang diperjuang selama ini tercapai sepertimana yang
dikehendaki. Akhir kata, saya
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam usaha
membangunkan
halaman ini. Marilah kita berdoa, semoga segala wawasan, keikhlasan,
nawaitu,
usaha, dedikasi dan keiltizaman oleh semua pihak dapat membolehkan
Profesion Penolong
Pegawai Perubatan mencapai kejayaan. Semoga usaha kita akan sentiasa
diberkati
Allah s.w.t.
DR.MD ZAKI BIN OTHMAN
Ketua Penolong
Pegawai Perubatan |
|